Tuesday, 13 November 2012
Contoh-contoh Najis
Bahagian Najis
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu najis mughallazah (najis berat) najis mukhaffafah (najis ringan), dan najis mutawassitah (najis sederhana).
Najis Mughallazah (Berat)
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan
Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November
2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk
melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan
peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang
lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."
Najis Mukhaffafah (Ringan)
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air
kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan
atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.
Najis Mutawassitah (Pertengahan)
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang
keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu:
"Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat),
misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis
yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air
kencing yang kering.
Najis-najis lain
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu
"Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.
Pengertian Najis
- Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
- Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.
Yang dimaksud dengan Najis atau Kotoran disini adalah air kencing, darah, nanah, bangkai, bekas dijilat anjing, dan lain sebagainya. Semua najis itu harus kita bersihkan dari badan kita, badan kita dan tempat kita.
Sebagaimana firman Allah SWT :
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Dan pakaianmu, bersihkanlah! (QS. Al-Muddatstsir : 4)
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. (QS. Al-Baqarah : 222)
Rasulullah SAW bersabda:
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Bersuci itu sebagian dari iman (HR. Muslim dan Ahmad)
Subscribe to:
Posts (Atom)