Nota

1. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

2. Agama Islam amat mementingkan kebersihan.

3. Setiap orang Islam wajib membersihkan diri,pakaian dan tempat tinggal daripada najis.

4. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah.S.W.T.

5. Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih serta suci kerana kebersihan akan mencerminkan keperibadian seseorang serta agamanya.


NAJIS

Pengertian:
                Benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan sembahyang seseorang menjadi tidak
                sah.

Bahagian  Najis

1. Najis Mukhaffafah (najis ringan)
    Contohnya: Air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang dari 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

2. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)
    Contohnya: Darah, nanah, bangkai binatang seperti ayam dan lain-lain lagi.

3. Najis Mughallazoh (najis berat)
    Contohnya: Anjing dan babi serta keturunannya.

Cara menyucikan najis Mukhaffafah 

-Lap najis pada tempat terkena najis
-Renjiskan air pada tempat terkena najis
-Lap sekali lagi sehingga bersih

Cara menyucikan najis Mutawassitah

-Buang najis
-Basuh dengan air bersih hingga hilang bau,warna dan rasa.

Cara menyucikan najis Mughallazoh

-Bersihkan bahagian yang terkena najis
-Basuh sebanyak tujuh kali iaitu sekali dengan air tanah dan 6 kali air mutlak sehingga hilang bau,warna dan rasa.

Nota kaki : Air mutlak ialah air bersih  iaitu air yang belum bercampur dengan apa-apa.

Najis yang dimaafkan - iaitu bangkai ikan dan belalang.




No comments:

Post a Comment