Wednesday, 12 December 2012

10 SEBAB MENGAPA DOA DITOLAK

1. Seseorang  yang  mengenal ALLAH SWT. tetapi  dia tidak menunaikan kewajiban-kewajibanya.
2. Seseorang  yang membaca Al-Qur’an namun  dia tidak mengamalkannya.

3. Seseorang yang  mengaku sebagai musuh syaitan tetapi  dia  mengikutinya.
4. Seseorang yang  mengaku cinta kepada Rasulullah SAW namun dia meninggalkan sunnahnya.
5. Seseorang yang  mengakui takut neraka tetapi dia tidak berhenti  berbuat dosa.
6. Seseorang yang mengakui bahwa kematian itu benar adanya tetapi dia tidak bersiap-siap menghadapinya.
7. Seseorang yang  mengaku cinta syurga tetapi  dia  tidak beramal untuk mendapatkannya.
8. Seseorang yang  sibuk melihat keburukan orang lain, tetapi  lupa melihat keburukan diri  sendiri.
9. Seseorang yang  memakan rezeki dari ALLAH SWT tetapi  dia tidak mensyukurinya.
10. Seseorang  yang  mengubur mayat-mayat , tetapi  tidak mengambil  ikhtibar darinya.

-  Tanhibul muslimin

Haji Mabrur

 Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan Muslim) Dari A’isyah Ummil Mukminin Radiallahuanha dia berkata : Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur.” (HR. Bukhari) Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) Nabi saw. bersabda, “Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga.” (HR Bukhari) Imam An-Nawawi berkata: “Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa.”

Tuesday, 11 December 2012

NAJIS - Najis A'in Dan Najis Hukmi


Najis ialah  benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan sembahyang seseorang menjadi tidak sah.
Najis terbahagi kepada tiga bahagian  iaitu:
a) najis mukhaffafah  iaitu najis  yang  ringan
b) najis mutawassitah iaitu najis pertengahan
c) najis mughallazoh iaitu najis yang berat.

Najis juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Najis  Aini - iaitu najis yang boleh dilihat zatnya seperti tahi kucing kering dan darah yang beku.
Cara menyucikannya ialah menghilangkan a'in najis dan segala sifat,rasa,warna atau baunya.Jika sifat-sifat ini tidak hilang,maka dia dianggap belum lagi suci,tetapi boleh dimaafkan jika sekiranya tidak berupaya juga menghilangkan a'in najis tersebut.

2. Najis Hukmi - iaitu najis yang tidak boleh dilihat jirimnya,zatnya atau sifatnya. Najis ini memadai dicucikan dengan satu kali lalu air sahaja ditempat yang kena najis itu. Contoh najis ini termasuklah air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang dari 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja tanpa makan makanan lain sebagai makanannya.
Air kencing kanak-kanak perempuan atau khunsa tidak termasuk dalam kategori ini.

A'in najis mempunyai dua  jenis iaitu:
a- A'in yang boleh disucikan
b-A'in yang tidak boleh disucikan

A'in  najis yang tidak boleh disucikan ialah kulit bangkai yang selain dari bangkai anjing dan babi atau dari keturunannya. Yang dimaksudkan dengan bangkai ialah;
1. Binatang yang mati tanpa disembelih mengikut syarak
2. Binatang yang mati disembelih tetapi haram dimakan dagingnya seperti harimau.
3. Binatang yang mati disembelih dengan tulang atau gigi
4. Binatang yang mati disembelih oleh orang yang bukan Islam kecuali kafir kitabi.

A'in najis yang tidak boleh disucikan secara biasa dengan air ialah a'in najis yang selain dari kulit binatang yang disebutkan termasuklah bulu,tulang,tanduk,gigi,gading dan seumpamanya. Benda -benda ini tetap kekal najis walaupun sudah disamak atau dibasuh dengan apa cara sekali pun.

Wallahua'lam........

Sunday, 2 December 2012

RENUNGAN - Fadhilat Dan Peristiwa Penting Di Bulan Muharram




PENGENALAN

 

Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.


Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)


Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) .

 

Peristiwa Penting di Bulan Muharram


Dalam bulan Muharram terjadi berbagai peristiwa penting bagi umat Islam.
Di antara tanggal yang penting adalah:
  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan tanggal 1 Muharram sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijrah).
  • 10 Muharam - Juga dikenali sebagai hari 'Asyura'. Pada hari tersebut, banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dalam menegakkan keadilah dan kebenaran.
Berikut ini adalah peristiwa-peristiwa besar yang terjadi pada 10 Muharram:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.




Tuesday, 13 November 2012

Cara menyucikan najis






Contoh-contoh Najis

Najis Mukhaffafah (Najis Ringan)

Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang daripada 2 tahun dan minum susu ibu sahaja

 Najis Mutawwasitah (Najis Sederhana)

Arak
Bangkai haiwan
Nanah
Darah
Najis Mughallazah (Najis Berat)

Anjing

Babi (Khinzir)

Bahagian Najis

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu najis mughallazah (najis berat) najis mukhaffafah (najis ringan), dan najis mutawassitah (najis sederhana).

Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

 

Najis Mukhaffafah (Ringan)

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.

 

Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.

 

Najis-najis lain

Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.