Tuesday 11 December 2012

NAJIS - Najis A'in Dan Najis Hukmi


Najis ialah  benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan sembahyang seseorang menjadi tidak sah.
Najis terbahagi kepada tiga bahagian  iaitu:
a) najis mukhaffafah  iaitu najis  yang  ringan
b) najis mutawassitah iaitu najis pertengahan
c) najis mughallazoh iaitu najis yang berat.

Najis juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Najis  Aini - iaitu najis yang boleh dilihat zatnya seperti tahi kucing kering dan darah yang beku.
Cara menyucikannya ialah menghilangkan a'in najis dan segala sifat,rasa,warna atau baunya.Jika sifat-sifat ini tidak hilang,maka dia dianggap belum lagi suci,tetapi boleh dimaafkan jika sekiranya tidak berupaya juga menghilangkan a'in najis tersebut.

2. Najis Hukmi - iaitu najis yang tidak boleh dilihat jirimnya,zatnya atau sifatnya. Najis ini memadai dicucikan dengan satu kali lalu air sahaja ditempat yang kena najis itu. Contoh najis ini termasuklah air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang dari 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja tanpa makan makanan lain sebagai makanannya.
Air kencing kanak-kanak perempuan atau khunsa tidak termasuk dalam kategori ini.

A'in najis mempunyai dua  jenis iaitu:
a- A'in yang boleh disucikan
b-A'in yang tidak boleh disucikan

A'in  najis yang tidak boleh disucikan ialah kulit bangkai yang selain dari bangkai anjing dan babi atau dari keturunannya. Yang dimaksudkan dengan bangkai ialah;
1. Binatang yang mati tanpa disembelih mengikut syarak
2. Binatang yang mati disembelih tetapi haram dimakan dagingnya seperti harimau.
3. Binatang yang mati disembelih dengan tulang atau gigi
4. Binatang yang mati disembelih oleh orang yang bukan Islam kecuali kafir kitabi.

A'in najis yang tidak boleh disucikan secara biasa dengan air ialah a'in najis yang selain dari kulit binatang yang disebutkan termasuklah bulu,tulang,tanduk,gigi,gading dan seumpamanya. Benda -benda ini tetap kekal najis walaupun sudah disamak atau dibasuh dengan apa cara sekali pun.

Wallahua'lam........

1 comment: